Monday, June 27, 2011

Pakej Rawatan Lepas Bersalin (Kawasan Bandar Baru Bangi)



Urut Lepas Bersalin ( selama 3 hari berturut-turut )
Urut shj : RM 200
Urut & Tungku : RM 260
Urut , Tungku & Tangas : RM 340
Mandi Bayi n Tuam : RM 60 (untuk 3 hari yg datang urut shj)
Cukur bayi : RM 25

Harga di atas hanya untuk kawasan Bandar Baru Bangi Seksyen 1,2,3,4,5,6,7,8,9,15&16 sahaja. Untuk kawasan sekitar Bandar Baru Bangi dan kawasan2 lain, caj tambahan akan dikenakan.

Kami turut menyediakan pakej Khas untuk Wanita yang melahirkan anak secara Cesarean :
Urut n Tuam 3 hari : RM 200 (urutan meliputi bahagian kaki, tangan, dari pinggang sampai ke kepala)
Setelah 30 hari lepas bersalin, sudah boleh meniarap maka harga mengikut kadar biasa.




Kami turut menawarkan servis penghataran Makanan Berpantang (untuk kawasan BBB shj)
Set Makanan Berpantang meliputi lauk utama (ayam kampung bakar/sup ikan haruan/ikan tenggiri/ daging bakar dll)+ epal + kurma + ulam-ulaman
Seksyen 3 RM 12
Seksyen lain2 RM 14

Kami menggalakan ibu2 yg melahirkan anak atau keguguran untuk mendapatkan khidmat urutan. Pentingnya ibu2 berurut, bertungku serta bertangas, dapat mengembalikan bentuk tubuh yang asal, mengurangkan lenguh badan dan kesakitan serta melancarkan aliran darah.

Bertungku menggunakan tungku besi bertujuan untuk memecahkan ketul2 darah yang berbaki di dalam rahim ibu. Kaedah ini berasal dari negeri2 di Utara Malaysia. Tungku besi dipanaskan dan dituam di atas kedudukan tertentu di bahagian perut, kaki dan belakang badan.

Tangas ialah rawatan mandi wap yang diamalkan oleh masyarakat Melayu zaman dahulu. Popular di kalangan penduduk sekitar Utara Semenanjung Malaysia. Herba2 direbus sehingga mengeluarkan wap , lalu pesakit akan duduk di atas kerusi khas sambil badan diselimuti kain. Rawatan dilakukan dalam tempoh 30-40 minit. Tujuan Tangas adalah untuk merapatkan vagina dan membaiki luka dengan lebih cepat.

PERHATIAN : Tangas tidak akan menyebabkan luka terbuka atau mengalami jangkitan. Jahitan terbuka disebabkan oleh gegaran yang kuat atau sentakan yang berlaku ke atas ibu. Lebih-lebih lg pada mereka yang menaiki kenderaan di saat luka jahitan masih belum pulih sepenuhnya. Ibu2 yang baru melahirkan anak tidak digalakkan TRAVEL jauh2. Tunggu sehingga 10-14 hari ke atas.

No comments:

Post a Comment